Rumah Mesra Rakyat SPNB: Membuat Permohonan Baru & Borang Boleh Didapati Mulai 16 November 2020



Permohonan Rumah Mesra Rakyat secara online (RMR SPNB) kini dibuka dan diaktifkan.

Borang-borang manual juga boleh didapati di cawangan SPNB bermula 16 November 2020.

Berikut kami kongsikan serba sedikit tentang Rumah Mesra Rakyat SPNB bagi yang berminat.

Apakah SPNB?

SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD (SPNB) adalah sebuah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan (MOF Inc.) yang ditubuhkan pada 21 Ogos 1997 untuk menyediakan rumah mampu milik berkualiti dan mampan kepada setiap keluarga di Malaysia sejajar dengan Dasar Perumahan Negara.

SPNB kini diletakkan di bawah pengurusan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bermula 3 Ogos 2018.

Apakah Rumah Mesra Rakyat (RMR)?

Dengan motto “Perumahan Untuk Semua”, Program RMR ini diwujudkan bagi membantu golongan berpendapatan rendah seperti nelayan, petani dan keluarga miskin yang tidak mempunyai rumah atau tinggal di rumah usang (daif) tetapi mempunyai tanah untuk membina rumah sendiri yang sempurna dan selesa.

Ini sesuai dengan misi SPNB yang berhasrat melaksanakan pembangunan perumahan mampu milik yang mampan serta menepati kepuasan pelanggan melalui budaya kerja cemerlang serta menjadi pemaju yang prihatin dan bertanggungjawab terhadap tanggungjawab sosial.

Permohonan Rumah Rakyat 2020 / 2021

Maklumat terkini mengenai Permohonan Baru Program Rumah Mesra Rakyat adalah seperti berikut:


Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia
  • Pemohon mestilah berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM5,000
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna
  • Tanah/tapak bersesuaian dan bebas dari gadaian/bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran pemilik tanah tersebut
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (tertakluk kepada rekabentuk)
  • Tertakluk kepada peruntukan kewangan

NOTA:

  • Bagi pemohon dari Semenanjung yang berumur melebihi 42 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-42 tahun diperlukan.
  • Bagi pemohon dari Sabah, Sarawak dan kawasan pulau yang melebihi 38 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-38 tahun diperlukan.

Rekabentuk RMR

Berikut adalah beberapa contoh rekabentuk RMR






Untuk melihat rekabentuk sepenuhnya, sila rujuk di laman web SPNB.

Cara Memohon RMR Online

Cara permohonan Rumah Mesra Rakyat boleh dilakukan melalui langkah berikut:

  1. Buka laman web SPNB
  2. Klik ‘Pendaftaran Baru’
    • Isi Borang Pendaftaran Login dengan lengkap
  3. Terima ID Login & Kata Laluan
    • Kata laluan akan dihantar kepada pemohon
  4. Log Masuk ke Laman Utama
    • Gunakan login ID (email) dan kata laluan yang diberikan untuk memulakan permohonan RMR
  5. Lengkapkan Borang Online
    • Isi maklumat ke dalam sistem
  6. Selesai Mengisi Borang Online
    • Klik Selesai Pendaftaran Borang dan Cetak Borang
  7. Majukan Borang dan Dokumen Kepada SPNB
    • Memajukan borang berserta dokumen ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan

NOTA: Pemohonan juga boleh dibuat dengan mendapatkan Borang Permohonan RMR di Cawangan SPNB dan dimajukan kembali kepada SPNB selepas permohonan dilengkapkan.

Borang manual boleh didapati di Cawangan SPNB. Tekan sini untuk melihat Pejabat Cawangan SPNB Negeri.

Dokumen Yang Diperlukan

  1. Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkenaan)
  2. Salinan kad pengenalan tuan tanah
  3. Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkaitan)
  4. Salinan geran hakmilik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang terbaru
  5. Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua*
  6. Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang*
  7. Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
  8. Salinan sijil nikah pemohon
  9. Borang laporan tapak bergambar

NOTA:

  • Surat Pengesahan pendapatan/ tidak memiliki rumah/ memiliki rumah usang perlu disahkan melalui Penghulu / Ketua kampung / Pegawai Profesional Kelas A
  • SPNB berhak untuk mendapatkan dokumen tambahan tertakluk kepada keperluan dari semasa ke semasa

Tanggungjawab Pemohon

  • Mengisi dan melengkapkan borang permohonan
  • Menyediakan jalan masuk ke tapak & tapak pembinaan mengikut spesifikasi
  • Menyediakan sumber bekalan air dan elektrik
  • Membuat penyambungan bekalan utama ke bangunan
  • Membuat pinjaman kepada bank/institusi kewangan (jika perlu)

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut boleh dapatkan di cawangan SPNB berdekatan anda atau semak ke laman web rasmi SPNB di https://spnb.com.my/ atau lihat Soalan Lazim (FAQ) RMR di SINI.

Syarikat Perumahan Negara Berhad
Tingkat 8, Wisma Perkeso
Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur.

03-2618 5555 / 03-2618 5556 (Talian Am)

aduan@spnb.com.my




Kredit::Harianpost.my

0 Response to "Rumah Mesra Rakyat SPNB: Membuat Permohonan Baru & Borang Boleh Didapati Mulai 16 November 2020"

Catat Ulasan

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel